Friday, 6 January 2012

Politikus...politicsm....

Seperti mana tajuk seperti di atas, aku ni tak pandai la nak berpolitik sangat. Apa yang aku nampak dari mata aku sendiri, masing-masing seperti ada kepentingan diri masing-masing. Tak kira la dari parti mana pun. Baik umno mahupun pas. Apatah lagi pkr yang tak tahu ape perjuangannya. Kursus yang aku pergi dalam entri yang aku cerita sebelum ni banyak membuka mata aku betapa pentingnya perlembagaan Negara yang telah digubal sejak awal Negara mencapai kemerdekaan lagi. Apa yang penting, ketuanan melayu harus dijaga supaya tak hilang dibuminya sendiri. Pelik aku apabila ada suara sumbang menyatakan bahawa komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan Negara sementara polis yang diserang dan bertahan di Bukit Kepong adalah pengkhianat Negara. Apakah insan tersebut tak belajar sejarah?..Di katanya polis berkhidmat dengn british ketika itu. Tapi tahukah dia bahawa pemimpin Negara ketika itu sedang berjuang untuk menuntut kemerdekaan tanah air. Bagaimana seorang yang dari parti politik berasaskan agama menyatakan komunis pejuang Negara sedangkan komunis sendiri ideologinya tidak percaya pada kewujudan tuhan. Na’uzibillah hi min zaalik. Menitis air mata ni tatkala menonton filem bukit kepong. Walaupun hanyalah sebuah filem, tetapi situasi asalnya mesti lagi teruk mereka diseksa oleh komunis yang kejam. Perasaan geram membuak-buak dalam diri ini. Andainya aku seorang pejuang ketika itu, akan ku tentang mereka habis-habisan demi tanah air tercinta. Ku sedekahkan Al-fatihah kepada pejuang-pejuang Negara yang gugur demi mempertahankan Negara. Andai tiada kalian semua, mana mungkin aku berpijak di bumi yang aman ini mencari rezeki. Banyak kisah-kisah yang dibongkar untuk kesedaran umum. Bersyukur aku terpilih untuk menhadiri kursus tersebut. Bukannya aku mahu bersikap rasis dan menentang kaum lain. Tidak. Jauh sama sekali. Harapanku semoga semua kaum berpadu menjaga keharmonian Negara ini. Siapa lagi yang nak diharapkan untuk menjaga tanah air ini kalau bukan muda mudinya sendiri. Wahai remaja, bukalah mata, bukalah minda.

No comments:

Post a Comment