Thursday, 29 December 2011

Kursus Lagi!!!!

19.12.2011
Hari ni aku dengan penyelia asrama sekolah kene pergi kursus kat gambang waterpark. Tapi aku dah sedia maklum dah kursus tu berkaitan politik sebab anjuran APMT negeri Terengganu. Bimbang juga nak tinggalkan isteri aku yang dah menghampiri 4 bulan usia kandungannya. Aku hantar isteri aku ke rumah Sheila. Tumpang kat rumah die sementara aku pergi kursus ni. Tengah hari tu aku bertolak dengan myvi kesayangan menuju gambang waterpark bersama shukri. Kali pertama pergi gambang waterpark, ok jugakla tempatnya. Raya cina tahun depan, mungkin akan pegi lagi sebab family day pejabat isteri aku buat kat sana. Petang hari kedua aktiviti bebas. Ada bas pergi kuantan, nak pergi kuantan, malas plak sebab dah selalu pergi kan. Lagipun dekat je kuantan dengan kemaman. So aku ngan shuk pilih untuk stay kat hotel . petng tuh turun ke lobi, pergi mandi kolam. Hahahaha.. sambil2 tu cuci mata. Agak2 apa pengisian kursus ni?...hahahaha..nanti aku cerita blik la secara panjang lebar ok?..tapi overall pasal ketuanan melayu dan perpaduan semua kaum di Malaysia serta ancaman yang dihadapi kini…ok…c yaaa…..

Wednesday, 28 December 2011

Karburetor TZM aku kene rembat...Lahabau punye pencurik..!!!!

14.12.2011
Hari ni isteri aku ade temujanji dengan JM KD Ibok. Rutin harian macam biasa bangun pagi bersiap nak ke tempat kerja. Masa panaskan enjin keter, aku selalu jenguk moto TZM aku tu. Tapi pagi tu alangkah terkejutnya aku mendapati motor aku sudah robek karburatornye dicuri oleh lahabau yang bangang(marah ni)…huhuhuhuhu.. Dalam kepala macam ada, geram, marah, sedih, kecewa…apakan daya tiada rezeki. Aku bawa isteri ke KD ibok dulu. Sambil2 tunggu tu, pikir ape nak buat. Terus aku pegi buat report kat balai polis ayer jerneh setelah meminta pendapat beberapa orang teman. Lepas pada tu baru rasa tenang skit ati..walaupon jauh di sudut ati rase cam payah dah nak jumpa balik karburator yang hilang tu..tapi gerak hati aku tetap rase karburator tu masih ade dalam kampung ni lagi. Ape boleh buat, berdoa ajelah.

Monday, 26 December 2011

Dulu - Dulu

Dah lama aku tak menulis kat sini..hahahaha. Sejak dah ber FB ni, kurang dah aku jenguk blog ni. Lagipun, menulis ni perlukan ilham, idea, kalau takde idea, payah la.. Takkan nak sembang kosong je kan?...mesti kena ada cerita best. Ok . Cerita hari ni dah berlaku pada akhir tahun 2004 nak masuk tahun 2005. Nak tau cerita apa?..hahaha…ini cerita masa aku kat Program Latihan Khidmat Negara. Aku antara insan yang bertuah kerana terpilih untuk mengikuti program tersebut. Bertuah ke? Hahahahaha. Banyak suka dan duka yang aku tempuhi kat sana. Eh eh eh, lupa nak bagitau yang aku ni ditempatkan di Kem Karisma, Negeri Sembilan. Kali pertama berjauhan dari keluarga kerana aku tak pernah tinggal di asrama. Kalau ada pun cume kem biase je kat sekolah, 2 hari 3 malam selalunya. Sekarang aku kena tempuhi 3 bulan yang agak mencabar dalam hidup ni. Hari ahad cuti hujung minggu. Takde apa-apa aktiviti pun. Keluarga boleh datang menziarah. Yang dekat-dekat boleh la datang menzirah, kami yang jauh ni rehat-rehat je bersama member2. Banyak juga tempat2 menarik yang aku dah kenal..macam kem tentera kat Port Dickson tu. Terkejut aku tengok banyak gile keter kebal..hahahaha..okeh, ni antara gambar2 nya….layan ye…




tgk kat link tu ye...tak sempat nak upload plak..kuikuikui

sambil2 tu tolong klik2 link tu ye...setiap korang klik tu aku dapat 20sen...cari duit isi minyak...hahahaha..thanks ye..